Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

8) PEMBUANGAN SISA KE DALAM LONGKANG

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah dasar Kerajaan Selangor untuk menyelesaikan masalah pembuangan sisa oleh peniaga-peniaga (terutamanya peniaga restoran) ke dalam longkang?

    Bagi menyelesaikan masalah pembuangan sisa oleh peniaga-peniaga (terutama peniaga restoran) ke dalam longkang, setiap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah menetapkan dalam syarat pemohonan lesen perniagaan iaitu peniaga wajib menyediakan perangkap minyak (Grease Trap) sebelum sesuatu lesen perniagaan diluluskan selaras dengan Peruntukan 20 Undang-Undang Kecil Pelesenan Establisymen Makanan 2007.

    PBT juga boleh menjalankan tindakan penguatkuasaan kompaun di bawah peruntukan Sekyen 47, Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) iaitu meletakkan debu atas jalan dan sebagainya.

    Bagi tindakan pengawalan, PBT sentiasa menjalankan pemantauan secara berkala terhadap pengusaha-pengusaha restoran khususnya melalui pemeriksaan/penggredan premis makanan bersama Pejabat Kesihatan Daerah.

Lampiran

Tiada Lampiran.