Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

175) PEMERDAGANGAN MANUSIA

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan usaha-usaha Kerajaan Negeri Selangor dalam membenteras pemerdagangan manusia dari 2014-2017, termasuk peruntukan yang disediakan

    Kerajaan Negeri telah melancarkan Majlis Anti Pemerdagangan Manusia Negeri Selangor (MAPMAS) pada 10 Januari 2012 oleh Dato’ Menteri Besar yang bertindak sebagai sebuah organisasi khas untuk menangani jenayah pemerdagangan orang di Negeri Selangor. Bagi tujuan ini, sebanyak RM100,000.00 telah diperuntukkan khas bagi tujuan pengurusan

    Kerajaan Negeri melalui MAPMAS berfungsi untuk memantau kes-kes jenayah pemerdagangan manusia di Negeri Selangor, membantu mangsa-mangsa jenayah pemerdagangan manusia untuk mencari pusat perlindungan sementara, menyediakan khidmat advokasi kepada mangsa-mangsa serta menjalankan kajian berkaitan aspek perundangan sedia ada dan menjalankan kempen- kempen kesedaran berkaitan jenayah pemerdangan manusia.

Lampiran

Tiada Lampiran.