Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

113) PEMERDAGANGAN MANUSIA

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini program anti pemerdagangan manusia di Selangor?

    Kerajaan Negeri memandang serius dengan isu pemerdagangan manusia yang berleluasa dewasa ini. Justeru itu, Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita dan Keluarga sentiasa memberi sokongan padu terhadap usaha-usaha dalam membanteras agenda pemerdagangan manusia ini melalui kerjasama Majlis Anti Pemerdagangan Manusia Negeri Selangor (MAPMAS).

    MAPMAS merupakan satu organisasi khas untuk menangani jenayah pemerdagangan manusia di peringkat Negeri Selangor dengan pelan tindakan yang telah digariskan oleh Jawatankuasa Bertindak MAPMAS. Langkah Negeri Selangor ini adalah selari dengan kehendak negara yang telah mewujudkan Akta Anti Pemerdagangan Orang bagi mengatasi masalah ini. Pelan Tindakan Kebangsaan Anti Pemerdagangan Orang di peringkat kebangsaan ditubuhkan bagi memantau kegiatan jenayah pemerdagangan orang di Malaysia.

    Status terkini, program anti pemerdagangan pemerdagangan manusia yang dikendalikan oleh MAPMAS telah di”rehat”kan aktiviti rasmi setelah kematian pengerusi MAPMAS iaitu mendiang Irene Fernandez.

    Semasa hayat beliau, aktiviti MAPMAS banyak yang disalurkan kepada Tenaganita, iaitu sebuah NGO yang sering mengendalikan isu-isu hak kemanusiaan seluruh Malaysia. Kematian beliau selaku Pengerusi MAPMAS perlu diganti di kalangan aktivitis Tenaganita sendiri.

Lampiran

Tiada Lampiran.