Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

163) PEMERDAGANGAN MANUSIA

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah penglibatan kerajaan negeri dalam NGOÕs global dan agensi Bangsabangsa Bersatu dalam mengatasi masalah Human Trafficking?

    Kerajaan Negeri telah melancarkan Majlis Anti Pemerdagangan Manusia Negeri Selangor (MAPMAS) pada 10 Januari 2012 oleh YAB Dato’ Menteri Besar yang bertindak sebagai sebuah organisasi khas untuk menangani jenayah pemerdagangan orang di Negeri Selangor.

    Pada ketika ini, Kerajaan Negeri melalui Institut Wanita Berdaya (IWB) akan menjalin kerjasama strategik dengan pelbagai NGO tempatan dan agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang berkaitan dengan masalah dan isu pemerdagangan manusia untuk merencana polisi dan strategi berkaitan bagi mencapai objektif penubuhannya. Selain dari itu, Kerajaan Negeri juga sentiasa bersedia bekerjasama dengan jabatan/ agensi penguatkuasaan lain seperti Jabatan Imigresen, Jabatan Kastam DiRaja Malaysia dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) serta yang lain-lain lagi yang terlibat secara terus dalam hal berkaitan isu dan permasalahan pemerdagangan manusia.

Lampiran

Tiada Lampiran.