Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

189) PEMERIKSAAN PAYU DARA

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah penduduk di Selangor telah menikmati kemudahan ini?

    Skim Kesihatan Wanita,Mammogram Selangor atau ‘MammoSEL’ telah dilancarkan pada Sambutan Hari Wanita Desa Peringkat Negeri Selangor pada 6 November 2010. Ini merupakan skim dan insentif kerajaan negeri Selangor melalui agenda ‘merakyatkan Ekonomi Selangor ‘(MES) untuk kaum wanita menjalani pemeriksaan mammogram secara percuma. Kempen ‘Satu Juta Wanita Selangor Sihat’ menunjukkan kerajaan negeri Selangor amat mengambil berat mengenai kesihatan wanita Selangor. Memandangkan kos untuk menjalani pemeriksaan mammogram pada masa ini amat tinggi. Setakat ini seramai 8,225 orang telah melakukan pemeriksaan mammogram melalui Pusat Khidmat Dewan Negeri DUN.

Lampiran

Tiada Lampiran.