PEMERKASAAN AGAMA ISLAM

175) PEMERKASAAN AGAMA ISLAM

Tahun:

Sesi:

Isu: hal ehwal islam

Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan langkah-langkah Kerajaan Negeri Selangor untuk memperkasa Agama Islam melalui enakmen-enakmen sedia ada, adakah akan memindanya?

    Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Bahagian Undang-Undang MAIS adalah agensi yang bertanggungjawab untuk menyelaras aktiviti penggubalan, pindaan dan semakan undang-undang berkaitan hal ehwal Islam di dalam Negeri Selangor.

    Semakan dan penggubalan undang-undang ini dilaksanakan bertujuan untuk menambah baik peruntukan undang-undang sedia ada bagi diselaraskan dengan keadaan semasa dan keperluan umat Islam.

    Kerajaan Negeri bertanggungjawab membincangkan dan meluluskan Rang Undang-Undang berkaitan hal ehwal agama Islam yang telah diperkenankan oleh DYMM Sultan dalam Dewan Negeri Selangor.

    Sehingga kini, Rang Undang-Undang untuk enakmen-enakmen berikut telah dibentangkan dan diluluskan oleh Dewan Negeri Selangor untuk diwartakan:

    Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 (Pindaan)

    2015 diwartakan pada 22 Mei 2015 dan 19 Oktober 2015; ii. Enakmen Wakaf (Negeri Selangor) 2015 diwartakan pada 19 Oktober

    2015; dan  iii. Enakmen Wasiat (Negeri Selangor) 1999 (Pindaan) 2016 diwartakan pada 13 Januari 2017.

    Pihak MAIS juga telah membuat ketetapan supaya enakmen berikut disemak dan dipinda:

    1. Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor); ii.    Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor); dan iii. Enakmen Pengawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam (Negeri Selangor).

    Usaha untuk memperkasa agama Islam melalui penambahbaikan enakmenenakmen sedia ada akan diteruskan dari semasa ke semasa oleh MAIS dengan perkenan DYMM Sultan Selangor dengan kerjasama Kamar Penasihat UndangUndang Negeri Selangor.

    Peruntukan pelaksanaan program penggubalan undang-undang berkaitan hal ehwal agama Islam merangkumi aktiviti semakan, penyediaan draf undangundang, terjemahan, percetakan dan pewartaan dibiayai melalui peruntukan Baitulmal MAIS dengan anggaran bajet sebanyak RM20,000 setiap satu.

Lampiran

Tiada Lampiran.