Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

111) PEMERKASAAN BELIA SELANGOR

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah kerajaan negeri menyediakan program latihan untuk meningkatkan pendapatan belia di Selangor?

     

    1. dan b)

    Kerajaan Negeri Selangor mengambil inisiatif untuk meningkatkan pendapatan belia di Selangor dengan menyediakan pelbagai program latihan dengan  memberi peluang menyambung pendidikan kepada golongan remaja dan belia. Usaha ini dapat dilihat apabila Kerajaan Negeri menubuhkan Universiti Selangor (UNISEL) yang menyediakan pelbagai kursus dan bidang pengajian  dari peringkat Diploma sehingga peringkat PhD seperti berikut :-

    • Kejuruteraan
    • Pendidikan dan Sains Sosial
    • Sains Komputer dan Teknologi Maklumat
    • Sains dan Bioteknologi
    • Pengurusan Perniagaan
    • Media dan Komunikasi
    • Sains Kesihatan
    • Seni Lukis dan

    Secara umumnya, Kerajaan Negeri Selangor juga berusaha memberi peluang kepada Belia yang tidak berjaya melanjutkan pengajian dalam bidang akademik. Usaha ini dilaksanakan dengan menyediakan bidang latihan, teknikal dan kemahiran yang dikendalikan oleh Inspen International College (INPENS). Usaha-usaha ini merupakan bantuan Kerajaan Negeri kepada Belia bagi membantu mereka mendapatkan peluang pekerjaan pada masa hadapan dalam bidang seperti kecantikan, automatif, pendandan rambut, elektrik, elektronik, mekanik motorsikal, sistem komputer dan penyaman udara.

    Statistik pelajar dari tahun 2006 hingga 2013 seperti graf berikut :-

    Jumlah Keseluruhan Pelajar : 6935 orang.

Lampiran

Tiada Lampiran.