Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

143) PEMERKASAAN BELIA SELANGOR

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status program latihan yang Kerajaan Negeri ingin laksanakan untuk meningkatkan pendapatan belia di Selangor?

    Dalam usaha untuk memperkasakan belia Selangor, Kerajaan Negeri menyediakan pelbagai latihan untuk meningkatkan pendapatan belia di Selangor. Di antara program latihan adalah dalam bidang latihan, teknikal dan kemahiran yang dikendalikan oleh INPENS International College. Usaha-usaha ini merupakan bantuan Kerajaan Negeri kepada belia bagi membantu mereka mendapatkan peluang pekerjaan pada masa hadapan dalam bidang seperti kecantikan, automatif, pendandan rambut, elektrik, elektronik, mekanik motorsikal, sistem komputer dan penyaman udara.

    Di bawah Jawatankuasa Tetap Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi juga turut menawarkan program jangka pendek bagi membantu golongan belia di Selangor meningkatkan pendapatannya sebagaimana berikut :-

    INPENS International College (Tempoh kursus : 2 Hari) Institut     Teknologi    Kulinari                 Anjung Utara (ITKAU)

    (Tempoh kursus : 1 Hari)

    Program Motosikal Program     Pembangunan                    Usahawan Penjaja Makanan dan Minuman
    Program Dandanan Rambut
    Program             Penyejukbekuan            &

    Penyamanan Udara

    Program Jahitan
    Program Kecantikan

    Selain itu, terdapat juga penganjuran Program Pembangunan Usahawan di bawah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) bagi membantu golongan belia menjana pendapatan sendiri seperti program berikut :-

     

    Bil

     

    Program

     

    Jenis Bantuan

     

    Jumlah Usahawan

    1 Perintis Usahawan Bimbingan & Latihan 1,440
    2. Tunas Niaga Bimbingan & Latihan 19,653
    3 Kelab Permata Selangor Bimbingan & Latihan 11,406
    4. GROW Bimbingan & Latihan 163
    JUMLAH KESELURUHAN USAHAWAN BELIA 32,662

Lampiran

Tiada Lampiran.