Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

67) PEMERKASAAN EKONOMI DENGAN NEGARA SERANTAU

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Muhammad Hilman Bin Idham

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah usaha Kerajaan Negeri dalam merancakkan kegiatan ekonomi melalui kerjasama simbiosis di antara pelabur-pelabur asing khususnya dari negara-negara jiran untuk melabur di Negeri Selangor?

    Kerajaan Negeri melalui Invest Selangor meneruskan aktiviti-aktiviti promosi penggalakkan pelaburan yang turut menyasarkan Negara-negara jiran seperti Singapura, Indonesia dan Thailand.
    Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah seperti penyertaan di dalam MRO Asia Pacific di Singapura yang menyasarkan syarikat – syarikat yang terlibat di dalam industri Aeroangkasa.
    Manakala di Indonesia pula, Invest Selangor turut menyertai pameran SIAL Jakarta bagi mempromosikan industri makanan dan minuman (Food & Baverages) di Jakarta pada 20 – 23 November 2018.
    Selain itu, Invest Selangor juga turut meninjau potensi industri jentera dan peralatan di Bangkak, Thailand melalui penyertaan di dalam Metalex Bangkok (Machine Tools & Metal Working Exhibition).
    Disamping itu, bagi mengukuhkan potensi perdagangan di Negeri Selangor dan Negara – Negara serantau, Invest Selangor akan menganjurkan “Selangor International Business Summit 2019 (SIBS 2019)” yang bakal berlangsung dari 10hb. hingga 13hb. Oktober 2019 di Malaysia International Trade Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur yang merangkumi 4 acara utama iaitu;-
    i. Selangor International Expo 2019 kali ke-5
    ii. Selangor-ASEAN Business Conference 2019 kali ke-3
    iii. Selangor Smart City & Digital Economy Convention 2019 kali ke-3
    iv. Selangor R&D and Innovation Expo 2019 kali pertama.
    Antara objektif program ini diadakan adalah untuk mempromosikan Negeri Selangor sebagai Hub Perdagangan Global dirantau ASEAN dan juga memberi peluang kepada syarikat-syarikat tempatan dan asing untuk mempamerkan produk dan perkhidmatan serta memberi peluang untuk menjalinkan hubungan kerjasama perniagaan untuk kepentingan bersama.
    Program ini dapat memberi peluang kepada pengusaha tempatan untuk meneroka pasaran luar negara serta mewujudkan komuniti perdagangan antara Selangor dan Negara-Negara serantau serta menjadikan Selangor sebagai destinasi pelaburan serta hub perdagangan bagi rantau ASEAN

Lampiran

Tiada Lampiran.