Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

77) PEMILIHAN AHLI MAJLIS MELALUI PILIHANRAYA DAN ELAUN AHLI MAJLIS

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah kerajaan sudah menyediakan draf pelaksanaannya dan dijangkakan paling awal ianya dapat dilaksanakan?

    Kerajaan Negeri sedang merangka langkah-langkah bagi melaksanakan pemilihan Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan. Untuk tujuan tersebut satu Rang Undang-undang Enakmen Pemilihan Ahli Majlis Tempatan sedang disediakan dan dijangka akan dibentangkan di dalam Dewan Undangan Negeri pada tahun 2014.

Lampiran

Tiada Lampiran.