Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008

67) PEMILIHAN AHLI MAJLIS PIHAK BERKUASA TEMPATAN

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sekalung tahniah kepada Kerajaan Negeri di atas pelantikan 24 orang Ahli-Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan ( PBT) bagi memastikan pembangunan dan kebajikan rakyat negeri Selangor terus terbela. Apakah kriteria dan pertimbangan penting yang ditekankan oleh Kerajaan Negeri dalam memilih dan melantik ahli-ahli majlis PBT berkenaan dan bagaimana agihan dilaksanakan antara parti-parti politik dalam pakatan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan?

    Dalam pemilihan dan pelantikan Ahli Majlis, Kerajaan Negeri amat menekankan kriteria
    dan pertimbangan berdasarkan kelayakan taraf pendidikan, sumbangan setiap Ahli
    Majlis kepada PBT serta penduduk setempat dan keaktifan seseorang Ahli Majlis di
    dalam masyarakat serta hendaklah bebas dari rekod jenayah, bersih dari Badan
    Pencegah Rasuah dan tidak bankrap berdasarkan peraturan yang terkandung dalam
    Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171). Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri
    telah membuat agihan antara parti-parti politik dalam pakatan dan pertubuhan Bukan
    Kerajaan iaitu sebanyak 85% kepada Pakatan Rakyat 25% kepada NGO/Profesional.

Lampiran

Tiada Lampiran.