Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012

102) PEMILIHAN JAWATANKUASA MASJID SELANGOR

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Peranan JAIS dalam menguruskan Mesyuarat Agung?

    JAIS berperanan dalam menyediakan cadangan kaedah dan peraturan pelaksanaan mesyuarat agung kepada Mesyuarat MAIS yang bersesuaian dengan kehendak Enakmen dan Kaedah serta melaksanakan apa-apa keputusan yang telah ditetapkan oleh MAIS berkaitan pelantikan pegawai dan jawatankuasa masjid. Pihak JAIS juga berperanan memantau pelaksanaan mesyuarat agung di semua masjid dan membantu pegawai dan jawatankuasa masjid dalam mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Disamping itu, pihak JAIS juga turut membantu Nazir-Nazir Masjid dalam mengendalikan mesyuarat agung apabila diperlukan.

Lampiran

Tiada Lampiran.