PEMILIHAN JAWATANKUASA MASJID

50) PEMILIHAN JAWATANKUASA MASJID

Tahun:

Sesi:

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Dato' Abd Rahman Bin Palil

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah masjid yang pemilihan Jawatankuasa Masjid mengikut peraturan?

    Pencalonan pegawai dan jawatankuasa masjid dilaksanakan berdasarkan kepada peraturan-peraturan yang telah ditetapkan di dalam Enakmen serta Kaedah dan secara umumnya semua masjid-masjid mematuhi peraturan-peraturan tersebut. Terdapat sebahagian kecil sahaja yang didapati tidak mengikut peraturan iaitu Masjid Al-Ansar Pekan Kapar Klang, Masjid AsSolihin Teras Jernang Kuala Langat, Masjid Lapangan Terbang Sultan Salahaudin Abdul Aziz Shah Subang dan Masjid Darul Ehsan Subang Jaya.

Lampiran

Tiada Lampiran.