Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

269) PEMILIHAN SEMULA PENGERUSI JKKK KAMPUNG TRADISI

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Pembangunan Kampung

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan bagaimanakah proses pemilihan semula JKKK Kampung Tradisi yang akan tamat tempoh perkhidmatannya ?

    Proses pemilihan semula JKKK Kampung Tradisi yang akan tamat tempoh perkhidmatannya iaitu bermula dengan pencalonan dan temuduga melalui Pejabat Daerah yang dianggotai oleh Panel Temuduga iaitu Y.B EXCO, ADUN/ Penyelaras DUN dan Pegawai Daerah.

    Senarai pendek bagi Ketua Kampung akan dipanjangkan ke Mesyuarat Jawatankuasa Taskforce Pemilihan Ketua Kampung Tradisi, Ketua Komuniti Kaum India serta Pengerusi JKKK Kampung Baru/ Bagan/ Tersusun yang dianggotai oleh Y.B. Puan Rodziah binti Ismail (Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita), Y.B. Tuan Hj. Sallehen bin Mukhyi (Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian dan Pembangunan Desa), Y.B Tuan Ean Yong Hian Wah (Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan Pembangunan Kampung Baru dan Pemutihan Kilang Haram), Y.B Puan Elizabeth Wong Keat Ping (Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar), Y.B Tuan Ganabatirau A/L Veraman (Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin).

    Sekiranya dipersetujui, calon akan dikemukakan ke Unit Perancang Ekonomi Negeri untuk tujuan mendapat kelulusan Y.A.B Dato’ Menteri Besar Selangor sebelum diangkat di dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).

    Setelah kelulusan diperolehi calon-calon akan diberi 6 bulan tempoh percubaan kemudian calon-calon perlu menjalani Tapisan Keselamatan dan Penilaian Prestasi. Surat Kuasa sebagai Ketua Kampung akan diberikan (Selama 2 Tahun bagi setiap penggal).

Lampiran

Tiada Lampiran.