Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

77) PEMILIKAN TANAH DI DAERAH HULU SELANGOR

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk meletakan fungsi penglibatan ADUN di dalam jawatankuasa tanah daerah supaya cadangan atau maklum balas yang di sampaikan dapat di ambil pandangan dalam setiap proses kelulusan tanah?

    Untuk makluman Yang Berhormat, Jawatankuasa Tanah Daerah sudah tidak lagi dilaksanakan dalam setiap proses kelulusan tanah. Semua permohonan pelupusan tanah secara pemberimilikan di bawah Seksyen 76 Kanun Tanah Negara akan diangkat ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri untuk dipertimbangkan.

Lampiran

Tiada Lampiran.