Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

181) PEMILIKAN TANAH DI SUNGAI TEKALI

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah kerajaan sedar terdapat tanah seluas 149ekar di Sungai Tekali telah dipindah milik kepada pihak individu untuk projek pelancongan?

    Melalui pemantauan dan siasatan dijalankan, didapati tanah yang dimaksudkan adalah berkeluasan 149 ekar dan telah dipecah bahagi kepda 1 ekar bagi setiap satu lot menjadikan baki tanah tersebut berkeluasan 103 ekar dengan mengambil kira serahan bagi maksud jalan untuk dirizabkan. Lokasi projek tersebut terletak dalam jarak perjalanan 30 minit dari jalan utama dan berada di lokasi kedudukan yang tersorok di dalam hutan dengan 2 pintu pagar menghalang untuk masuk ke tapak

    Dari sudut perundangan, di bawah Seksyen 115 Kanun Tanah Negara (KTN) 1965, pemilik lot tersebut boleh membina bangunan kediaman tidak lebih daripada 1/5 dari keluasan tanah tersebut. Namun daripada siasatan dijalankan, pemilik tanah berkenaan disyaki membina bangunan untuk tujuan komersial.

Lampiran

Tiada Lampiran.