Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

231) PEMINDAHAN ENAM KELUARGA DI KAJANG

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. (Merujuk kepada Hansard Dewan Negeri 9 Nov 2017, ms 19). Berbanding kes-kes pendudukan tanah kerajaan secara tidak sah yang lain, apakah kelebihan yang menjadikan kes enam keluarga yang menduduki tanah milik Kementerian Kesihatan di Kajang dapat diselesaikan dengan begitu mudah?

    Penawaran Opsyen Tanah Ganti Beserta Bantuan Sewa Rumah

     

    Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (MMKN) bertarikh 16 November 2016 Kertas EXCO-MTES No. 3/26/2016 yang telah disahkan MMKN ke 38/ 2016 pada 23 November 2016 telah menimbang dan bersetuju seperti berikut:

     

    1. PTD Hulu Langat melaksanakan perobohan keseluruhan struktur bangunan tanpa kebenaran selepas 25 Disember 2016;
    2. Memberi dua (2) pilihan kepada penduduk untuk memiliki kediaman dengan memilih salah satu daripada berikut:

     

    1. Rumah Selangorku di TTDI Grove Kajang (Jenis A) berharga RM42,000.00 untuk menggantikan kesemua 6 struktur bangunan kediaman tanpa kebenaran di lot 8768;

     

    1. Tapak lot rumah di tanah yang diperuntukkan untuk TNB sebagai rentis yang tidak digunakan di Taman Mas, Kajang untuk menggantikan 6 struktur bangunan kediaman tanpa kebenaran (tertakluk kepada kelulusan pemberimilikan). Penduduk perlu memohon Jadual 1. Kemudahan infrastruktur hendaklah disediakan sendiri oleh penduduk mengikut spesifikasi Majlis Perbandaran Kajang dan mematuhi lain-lain syarat yang dikenakan oleh MPKJ.

     

    iii.        Memberi bantuan sewaan rumah selama 12 bulan sebanyak RM300.00 sebulan kepada ketua keluarga bagi 6 struktur kediaman tanpa kebenaran. Bantuan sewa ini ditanggung oleh Kerajaan Persekutuan.

     

    Enam keluarga berkaitan pada 10 Februari 2017 bersetuju menerima tawaran tanah ganti di Taman Mas, Kajang dengan pilihan premium nominal RM1,000.00. Kesemua pemohon telah menerima hakmilik masing-masing bagi tujuan Bangunan Kediaman seluas di antara 3,750 kaki persegi hingga 4,535 kaki persegi.

     

    Turut diberikan merupakan bantuan sewa rumah berjumlah RM3,600 setiap seorang ketua keluarga yang diambil pada 3 Oktober 2017.

     

    Kronologi berkaiatan tindakan penguatkuasaan terhadap isu pendudukan tanpa kebenaran atas tanah milik Pesuruhjaya Tanah Persekutuan Lot 8768, Sungai Jelok, Mukim Kajang

     

    Bil Tarikh Perkara
    1 20/4/2016 Surat pemakluman pencerobohan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Selangor
    2 29/2/2016 Mesyuarat penyelarasan bagi kes pencerobohan tanah milik Pesuruhjaya Tanah Persekutuan oleh JKPTG
    3 24/3/2016 Surat pemakluman pencerobohan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia
    4 30/3/2016 Surat pemakluman pencerobohan dan permohonan tindakan penguatkuasaan oleh JKPTG Selangor
    5 7 & 12/4/2016 Lawatan tapak dan bancian secara bersepadu oleh PDTHL, JKPTG Selangor, Kementerian Kesihatan Malaysia, Jabatan Kesihatan Selangor dan Hospital Kajang
    6 26/4/2016 Surat pemberitahuan mengosongkan tanah kerajaan dibawah seksyen 425, Kanun Tanah Negara 1965 dihantar kepada pemilik bangunan yang terlibat.
    7 20/5/2016 Surat alasan untuk tidak mengosongkan tanah kerajaan oleh penduduk kepada Pegawai Daerah Hulu Langat.
    8 20/5/2016 Perjumpaan Agensi Kerajaan bersama YB Parlimen / Wakil DUN Kajang dan penduduk tapak tanpa kebenaran atas tanah kerajaan
    9 10/8/2016 Perjumpaan kali ke dua Agensi kerajaan bersama penduduk tapak tanpa kebenaran atas tanah kerajaan
    10 16/8/2016 Surat permohonan menghentikan pengusiran paksa oleh penduduk kepada Pejabat Menteri Besar Selangor
    11 22/8/2016 Perjumpaan kali ketiga Agensi kerajaan bersama penduduk tapak tanpa kebenaran atas tanah kerajaan
    12 2/9/2016 Sebanyak 8 permohonan tanah melalui Borang Jadual 1
    13 16/11/2016 EXCO-MTES no.3/26/2016 telah bersetuju PTD Hulu Langat melaksanakan perobohan keseluruhan struktur bangunan tanpa kebenaran selepas 25 Disember 2016.

    Memberi dua (2) pilihan kepada penduduk untuk memiliki kediaman dengan memilih salah satu daripada berikut:

    a.    Rumah Selangorku di TTDI Grove Kajang (Jenis A) berharga RM42,000.00 untuk menggantikan kesemua 6 struktur bangunan kediaman tanpa kebenaran di lot 8768;

     

    b.    Tapak lot rumah di tanah yang diperuntukkan untuk TNB sebagai rentis yang tidak digunakan di Taman Mas, Kajang untuk menggantikan 6 struktur bangunan kediaman tanpa kebenaran (tertakluk kepada kelulusan pemberimilikan). Penduduk perlu memohon Jadual 1. Kemudahan infrastruktur hendaklah disediakan sendiri oleh penduduk mengikut spesifikasi Majlis Perbandaran Kajang dan mematuhi lain-lain syarat yang dikenakan oleh MPKJ.

    iii.        Memberi bantuan sewaan rumah selama 12 bulan sebanyak RM300.00 sebulan kepada ketua keluarga bagi 6 struktur kediaman tanpa kebenaran. Bantuan sewa ini ditanggung oleh Kerajaan Persekutuan.

     

    14 28/12/2016 Mesyuarat penyelarasan Agensi kerajaan berkaitan penempatan penduduk tapak tanpa kebenaran atas tanah kerajaan
    15 10/2/2017 Enam (6) orang ketua keluarga bersetuju menerima tawaran pelupusan secara pemberimilikan tanah kerajaan di Taman Mas, Kajang secara bersurat.
    16 22/3/2017 Surat tawaran 6 lot tanah kepada keluarga bekas kakitangan hospital kajang oleh Bahagian Tanah, PDTHL melalui permohonan pelupusan secara pemberimilikan tanah dibawah seksyen 76 Kanun Tanah Negara
    17 31/7/2017 Kertas ringkasan permohonan dihantar ke PTGS
    18 28/8/2017 Surat makluman untuk mengambil bantuan sewa rumah dari 5 – 8 september dan arahan pengosongan tanah kerajaan kepada enam keluarga
    19 15/9/2017 Surat peringatan mengambil cek bantuan sewa rumah
    20 25/9/2017 Mesyuarat penyelarasan Operasi Bersepadu Tindakan Penguatkuasaan Pendudukan Tanpa Kebenaran di atas lot 8768, Sungai Jelok, Mukim Kajang telah diadakan
    21 26/9/2017 Surat pemberitahuan terakhir pelaksanaan bagi operasi bersepadu tindakan penguatkuasaan PDTHL
    22 3/10/2017 Operasi Bersepadu Tindakan Penguatkuasaan telah dijalankan dan penduduk mohon untuk penangguhan sehingga 22 Oktober 2017 dan surat aku janji telah ditandatangani
    23 24/10/2017 Perjumpaan bersama Dato’ Pegawai Daerah dengan penduduk tanpa kebenaran atas tapak kerajaan dan hasil perbincangan Dato’Pegawai Daerah bersetuju diberi penangguhan terakhir pada 23/11/2017

Lampiran

Tiada Lampiran.