Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

101) PEMPROSESAN HAKMILIK STRATA

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan bilangan permohonan hakmilik strata yang diterima dan siap diproses setiap bulan bermula pada tahun 2015 dan 2016 mengikut daerah

    Pada tahun 2015, Kerajaan Negeri Selangor belum mewartakan undang-undang baharu, iaitu Akta Hakmilik Strata 1985 pindaan 2013. Warta pemakaian Akta Hakmilik Strata 1985 Pindaan 2013 telah digunapakai di Negeri Selangor berkuatkuasa mulai Januari 2016. Walau bagaimanapun, negeri-negeri lain yang terlibat telah melaksanakan undang-undang tersebut pada tahun 2015.

Lampiran

Tiada Lampiran.