Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

134) PEMULIHAN JALAN-JALAN UTAMA SELANGOR

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bilakah penurapan semula jalan-jalan dan penukaran lampu jalan kepada jenis LED yang lebih menjimatkan dan mesra alam dibuat?

    Untuk makluman, kerajaan memang mengambil maklum keadaan jalan-jalan utama yang mengalami kerosakan. Ini adalah disebabkan kebanyakan jalan utama telah melebihi jangka hayat rekabentuk dan penambahan bilangan serta had muatan trafik. Sebanyak lebih kurang RM 70 juta setahun telah disediakan untuk menaiktaraf jalan-jalan yang rosak ini. Di antara jalan-jalan yang telah dinaiktaraf adalah seperti jadual di bawah:

    Daerah Jalan Status
    Petaling Jalan Klang Lama Siap
    Jalan Monfort Siap
    Jalan Monterez Siap
    Klang Jalan Haji Manan Siap
    Jalan Haji Sirat Siap
    Jalan Sungai Jati Siap
    Gombak Jalan Greenwood Siap
    Jalan Batu Caves Siap
    K. Selangor Jalan Raja Muda Musa Dalam pembinaan
    H. Langat Jalan Reko Dalam pembinaan
    Sepang Jalan Jenderam Dalam pembinaan

    Penggunaan Lampu LED telah dimulakan dengan projek perintis iaitu di Jalan Putra Permai Ke Lebuhraya KL Putrajaya Fasa 1A ( jalan sehala di Pekan Seri Kembangan dan jalan sekitar Seri Kembangan ).

    Penggunaan Lampu LED akan digunapakai bagi semua projek baru dan bagi lampu-lampu sedia ada akan di ganti secara berperingkat mengikut keutamaan jalan dan peruntukan.

Lampiran

Tiada Lampiran.