PEMULIHAN SUNGAI-SUNGAI DI NEGERI SELANGOR

20) PEMULIHAN SUNGAI-SUNGAI DI NEGERI SELANGOR

Tahun:

Sesi:

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan jangka panjang dan pendek dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri untuk memulihkan kebersihan dan ekosistem Sungai-sungai di Negeri Selangor, khususnya Sungai Langat dan Sungai Klang yang telah dicemari dengan sampah sarap?

    Pembersihan Sungai Klang telah diambil alih oleh MBI dan melantik syarikat Hebat Abadi untuk melaksanakan kerja-kerja pembersihan sepanjang Sungai Klang. Kerja-kerja penyelenggaraan tersebut bermula dari sempadan negeri Selangor hingga ke muara Sungai Klang. Kos siling bagi penyelenggaraan Sungai Klang telah diberikan sepenuhnya kepada MBI melalui UPEN iaitu sebanyak RM 24 juta dalam RMK-11.

    Bagi Sungai Langat pula, JPS menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan log- boom sepanjang tahun dengan anggaran perbelanjaan RM 300,000.00 setahun dan hanya terdapat satu unit log boom merentangi Sungai Langat iaitu di Daerah Kuala Langat.

    Bagi perancangan jangka panjang pula, pihak LUAS telah melaksanakan program Integrated River Basin Management (IRBM) bagi sungai Selangor (2008) d`an sungai Langat (2005). Objektif keseluruhan projek adalah merangkumi aspek perlindungan, pemuliharaan, dan pengurusan bersepadu lembangan sungai.

Lampiran

Tiada Lampiran.