Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

36) PEMULIHARAAN HUTAN BAKAU DI PESISIR PANTAI

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Senaraikan menurut daerah keluasan kawasan bakau yang dipulihara ataupun ditanam semula pada tahun 2016.

    Hutan Paya Paya Laut atau Hutan Bakau di Negeri Selangor sentiasa dipelihara untuk memastikan kawasan persisiran pantai Negeri Selangor bebas daripada ancaman hakisan pantai dan mengekalkan ekosistemnya. Setiap tahun, Projek Penanaman Kawasan Persisiran Pantai dengan Spesies Bakau dan Spesiesspesies lain yang sesuai telah ditentukan oleh pihak Jabatan.

    Program penanaman dilaksanakan sama ada secara kontrak atau dengan penglibatan masyarakat melalui kempen kesedaran yang dianjurkan oleh pihak Jabatan dan swasta. Pada tahun 2016, tiada kawasan baru bagi aktiviti penanaman bakau di Negeri Selangor. Bagaimanapun, aktiviti penanaman bakau yang dijalankan melibatkan kerja-kerja merawat dan menyulam pokok di kawasan yang telah ditanam pada tahun sebelumnya dan aktiviti penanaman melalui kempen kesedaran bersama pelbagai peringkat masyarakat. Jumlah keluasan keseluruhan yang terlibat ialah 14.4 hektar. Maklumat Projek Penanaman Pokok di Persisiran Pantai adalah seperti di bawah:

     

    BIL. HUTAN SIMPAN  DAERAH LUAS

    (HA)

    BIL.

    POKOK

    CATATAN
    1. HS Jugra Kuala Langat 3.0 1,750 Rawatan
    2. HS Sepang Kechil Kuala Langat 6.0 2,900 Rawatan
    3. HS Telok Gedong Klang 2.8 4,500 Rawatan
    4. HS Pulau Klang Klang 1.6 2,000 Kempen Kesedaran
    5. HS Banjar Utara Kuala Selangor 1.0 2,800 Kempen Kesedaran
      JUMLAH   14.4 13,950  

Lampiran

Tiada Lampiran.