Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018

224) PEMULIHARAAN & PEMBANGUNAN SUNGAI KLANG

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Muhammad Hilman Bin Idham

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk pembangunan Sungai Klang selain daripada usaha pemuliharaan yang sedang giat dijalankan?

    Landasan Lumayan Sdn Bhd (LLSB), anak syarikat milik Kerajaan Negeri Selangor yang telah dilantik sebagai Master Developer oleh Kerajaan Negeri bagi projek pembangunan koridor Selangor Maritime Gateway (SMG) sedang giat melaksanakan kerja-kerja awal bagi projek-projek seperti dibawah bersama-sama agensi Kerajaan Negeri yang lain termasuk Pihak Berkuasa Tempatan:-

    1. Penambahbaikan Taman Awam Pengkalan Batu

    Projek penambahbaikan Taman Awam Pengkalan Batu yang berkeluasan kira-kira 15 ekar adalah penting dalam mewujudkan satu mercu tanda yang baru di Bandar Klang sebagai kawasan riadah komuniti.

    1. Pembangunan Mangrove

    Mangrove Point merupakan sebuah projek pembangunan kawasan pemuliharaan hutan paya bakau yang berkeluasan kira-kira 70 ekar yang berada di tebing Sungai Klang, berhampiran dengan Pelabuhan Klang dan akan menyumbang kepada sektor eko- pelancongan di Klang dan Selangor.

    Kedua-dua projek seperti yang di atasini amat penting dalam mewujudkan ekosistem perniagaan dan sosial yang baru di Bandar Klang.

    • River taxi / river cruise

    Perkhidmatan river cruise atau river taxi ini diketengahkan untuk mewujudkan satu nadi baru bagi menghubungkan jaringan diantara 2 projek sosial seperti yang di atas melalui laluan air sungai. Selain itu, projek ini juga sekali gus akan mentransformasikan sungai sebagai salah satu mod pengangkutan awam.

    1. Pemuliharaan bekas tapak pelupusan sisa pepejal Telok Kapas seluas kira-kira 100 ekar

    Leachate dan gas yang dilepaskan oleh bekas tapak pelupusan ini merupakan salah satu punca utama pencemaran di Sungai Klang. Bagi menangani isu ini, pihak LLSB akan melaksanakan projek pemuliharaan bagi tapak ini dan seterusnya akan membangunkan projek pembangunan bercampur yang akan memberi manfaat kepada Kerajaan Negeri dan penduduk setempat khususnya dari sudut ekonomi, sosial dan alam sekitar

    1. Pembangunan tanah-tanah Kerajaan Negeri di sepanjang Sungai Klang

    Dalam merealisasikan SMG sebagai sumber pendapatan baru Negeri Selangor, tanah- tanah Kerajaan Negeri di sepanjang Sungai Klang yang selama ini terbiar dan terdedah kepada risiko pencerobohan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab harus dikawal selia dan dimajukan. Segala pembangunan yang akan dilaksanakan di dalam zon pembangunan eksklusif SMG perlu mematuhi segala garis panduan yang telah ditetapkan di dalam Rancangan Tempatan (RT) dan Urban Design Guideline (UDG) SMG yang kini sedang giat dirangka oleh pihak LLSB.

    1. Peningkatan kualiti hidup dengan meningkatkan jaringan telekomunikasi melalui jajaran Sungai Klang

    Pihak LLSB sedang berbincang dengan beberapa syarikat telekomunikasi dalam meneroka potensi perniagaan baru meningkatkan jaringan telekomunikasi / connectivity yang pantas melalui jajaran Sungai Klang sejajar usaha mencapai status Selangor Negeri Pintar menjelang tahun 2025.

Lampiran

Tiada Lampiran.