Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012

60) PEMULIHARAAN TAPAK SISA PEPEJAL

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah perbelanjaan yang telah digunakan oleh Kerajaan Negeri untuk projek pemuliharaan tapak sisa pepejal bagi tahun 2011 dan apakah rancangan Kerajaan untuk mengurangkan kos ini ?

    Kerajaan Negeri telah memperuntukkan kewangan yang banyak bagi melakukan projek pemuliharaan tapak sisa pepejal pada tahun 2011. Bagi projek pemuliharaan Tapak Pelupusan Terbuka Sungai Kertas yang berkeluasan 14.19 ekar, Kerajaan Negeri memperuntukkan sejumlah RM5,109,450.00 bagi melakukan kerja-kerja pemuliharaan tapak. Manakala bagi Tapak Pelupusan Terbuka Sungai Kembong yang berkeluasan 74 ekar, Kerajaan Negeri memperuntukkan sejumlah RM4,738,000.00 yang telah sepenuhnya pada bulan Mei 2011. Jika dibandingkan kos bagi pemuliharaan kedua-dua tapak tersebut, Tapak Pelupusan Terbuka Sungai Kembong adalah lebih rendah berbanding pemuliharaan Tapak Pelupusan Terbuka Sungai Kertas walaupun keluasan tapak adalah lebih besar. Faktor penting di dalam kerja-kerja pemuliharaan, kos adalah bergantung kepada keadaan tapak sesuatu tapak.

Lampiran

Tiada Lampiran.