Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

35) PEMUTIHAN KILANG HARAM DI KUALA LANGAT

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah kilang haram yang beroperasi sebelum tahun 2008 dan telah berjaya diputihkan?

    Program Pemutihan Kilang Tanpa Kebenaran (PPKTK) di Negeri Selangor telah dilancarkan pada 31 Julai 2006 dan tamat pada 31 Disember 2015. Berdasarkan bancian yang telah dijalankan semasa PPKTK yang dikemaskini pada 26 November 2018, terdapat 2,885 buah kilang telah dibina di atas 2,638 lot tanah pertanian. Sepanjang tempoh PPKTK, hanya 630 buah kilang yang berjaya diputihkan melalui kelulusan tukar syarat, Kebenaran Merancang dan pelan bangunan.

Lampiran

Tiada Lampiran.