Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

152) PEMUTIHAN KILANG HARAM

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan status terkini program pemutihan kilang haram di Selangor.

    Program Pemutihan Kilang Tanpa Kebenaran di Negeri Selangor telah tamat pada 31 Disember 2015. Keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) ke 5/2019 bertarikh 20 Februari 2019 dan disahkan oleh MMKN ke 6/2019 bertarikh 27 Februari 2019 telah bersetuju untuk meneruskan program pematuhan syarat dan penguatkuasaan kilang tanpa kebenaran seperti yang telah dilaksanakan pada tahun sebelum ini. MMKN bersetuju agar satu tempoh masa yang terhad sahaja diberikan kepada kilang yang beroperasi tanpa kebenaran ini untuk membuat tindakan sepatutnya dan selepas tempoh tersebut tindakan penguatkuasaan perlu diambil dengan tegas.

Lampiran

Tiada Lampiran.