Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

180) PEMUTIHAN KILANG-KILANG HARAM

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status usaha membasmi kilang-kilang haram?

    Kerajaan Negeri amat memandang serius isu kilang-kilang tanpa kebenaran (kilang haram). Justeru itu, Kerajaan Negeri bersetuju untuk memberi peluang terakhir kepada pemilik berdaftar tanah dan pengusaha kilang untuk menyertai Program Pematuhan Syarat dan Penguatkuasaan Kilang Tanpa Kebenaran yang akan berakhir pada 31 Disember 2020.

    Ini bertujuan untuk menangani isu kilang-kilang tanpa kebenaran yang didirikan tanpa mendapat kebenaran daripada sudut perundangan dan prosedur di setiap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta yang tidak mengubah kategori dan meminda syarat nyata tanah kepada status perindustrian.

    Untuk makluman, selepas berakhirnya program ini pada 31 Disember 2020, tindakan penguatkuasaan akan dijalankan secara bersepadu mengikut peruntukan perundangan yang berkuat kuasa.

Lampiran

Tiada Lampiran.