Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

174) PEMUTIHAN KILANG-KILANG HARAM

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan bilangan kilang-kilang haram yang telah berjaya di putihkan mengikut kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan mengikut daerah-daerah di Negeri Selangor?

    Sebanyak 1150 (51.11%) pemilik kilang tanpa kebenaran telah membuat permohonan mengubah kategori dan meminda syarat nyata tanah. Sebanyak 975 permohonan telah diluluskan, 22 ditolak dan sebanyak 7 telah ditangguh. Pecahan permohonan mengikut daerah adalah seperti berikut:-

    Bil Daerah Jumlah lot yang terlibat Permohonan Tukar Syarat Permohonan

    lulus

    1 Sabak Bernam 15 9 6
    2 Kuala Selangor 34 19 12
    3 Klang 434 74 56
    4 Petaling 985 828 686
    5 Hulu Langat 467 152 152
    6 Gombak 44
    7 Sepang 44 2 1
    8 Hulu Selangor 18 3 2
    9 Kuala Langat 209 63 60
      Jumlah 2250 1150 975

Lampiran

Tiada Lampiran.