Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

240) PEMUTIHAN KILANG-KILANG HARAM

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan sistematik kerajaan negeri bagi mengatasi kilang haram yang belum berjaya diputihkan?

    Program Pemutihan Kilang Tanpa Kebenaran Di Negeri Selangor (PPKTK) telah dilaksanakan selaras dengan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) ke 72/13/2006 pada 26 Jun 2006 dan Pekeliling Pengarah Tanah dan Galian Selangor Bil. 6/2006 yang berkuat kuasa pada 31 Julai

     

    Mengikut sasaran asal, program ini dijangka selesai sepenuhnya pada 31 Disember 2007. Walau bagaimanapun, peluang dan insentif rangsangan yang ditawarkan tidak mendapat sambutan sewajarnya daripada pemilik tanah dan pengusaha kilang yang terlibat. Tarikh akhir pelaksanaan program ini telah dipinda sebanyak tiga (3) kali. Melalui MMK Ke 52 pada 1 Jun 2011, Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk melanjutkan PPKTK ini sehingga 31 Disember 2012. Memandangkan masih ramai pengusaha kilang atau pemilik tanah tidak mengambil peluang dengan insentif yang ditawarkan, Pihak Berkuasa Negeri (PBN) melalui Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Pembangunan Tanah dan Sumber Alam Bil 6./2013 telah bersetuju tempoh pelanjutan program PPKTK dilanjutkan sehingga 31 Disember 2014.

     

    Bagi memastikan program ini berjalan lancar Pihak Berkuasa Negeri dari masa ke semasa terus memantau dan pada masa ini sedang merangka satu dasar yang merangkumi aspek seperti syarat-syarat kelulusan, pengenaan premium tambahan yang lebih efektif termasuk penurunan kuasa melulus dan tambahan syarat-syarat teknikal bagi mengatasi isu kilang haram yang belum berjaya diputihkan.

Lampiran

Tiada Lampiran.