Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

168) PEMUTIHAN KILANG TANPA KEBENARAN

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan jumlah kilang-kilang tanpa kebenaran yang telah berjaya diputihkan dan yang gagal diputihkan sehingga tahun 2018 mengikut Kawasan PBT dan daerah di Negeri Selangor.

    Program Pemutihan Kilang Tanpa Kebenaran (PPKTK) di Negeri Selangor telah dilancarkan pada 31 Julai 2006 dan tamat pada 31 Disember 2015. Berdasarkan bancian yang telah dijalankan semasa PPKTK yang dikemaskini pada 26 November 2018, terdapat 2,885 buah kilang telah dibina di atas 2,638 lot tanah pertanian. Sepanjang tempoh PPKTK, hanya 630 buah kilang yang berjaya diputihkan melalui kelulusan Tukar Syarat, Kebenaran Merancang dan Pelan Bangunan. Data adalah seperti di Maklumat Tambahan (Lampiran).

     

Lampiran

Tiada Lampiran.