Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

124) PENAIKTARAFAN KUNCI AIR 51 DI JALAN PAPAN PANDAMARAN KE PINTU AIR AUTOMATIK

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila memberikan butir-butir tentang rancangan Menaik taraf kunci air 51 di Jalan Papan Pandamaran

    Kerajaan Negeri melalui JPS Selangor telah memasukkan program kerja-kerja menaiktaraf Kunci Air 51 di Jalan Papan Pandamaran ke dalam Rancangan Malaysia Ke 11 bagi menggantikan kunci air sediaada. Pada masa kini, JPS telah melantik Perunding dan Juruukur Bertauliah bagi perlaksanaan kerja- kerja rekabentuk serta ukur untuk penyediaan pelan terperinci Pintu Kawalan Pasang Surut (PKPS) baru. Kerja-kerja rekabentuk dijangka siap pada bulan Julai 2016. Seterusnya perolehan tender akan dilaksanakan pada bulan September 2016. Kerja-kerja pembinaan dijangka bermula pada Januari 2017.

     

    Pada masa ini, Dua (2) unit ‘submersible’ pam telah disediakan bagi tujuan pengepaman air sungai sewaktu kunci air ditutup. Pemantauan melalui Kamera secara Online turut dipasang bagi memastikan sistem kunci air dan pam beroperasi dengan jayanya.

Lampiran

Tiada Lampiran.