Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

48) PENAIKTARAFAN PARIT-PARIT TANAH KE KONKRIT

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Terdapat beberapa parit besar di Pandamaran yang masih merupakan parit tanah, contohnya di Jalan Bungur, Jalan Wooten dan Jalan Kastam Pandamaran. Adakah Kerajaan Negeri merancang untuk menaiktaraf semua parit tanah di Selangor terutamanya di Klang dan Pandamaran?

    Memang terdapat cadangan bagi penaiktarafan parit tanah di Selangor. Namun jenis penaiktarafan adalah bergantung kepada kesesuaian di tapak sama ada reka bentuk asal parit tanah perlu dikekalkan atau perlu dinaiktaraf kepada parit konkrit. Walau bagaimanapun, reka bentuk parit tanah masih diutamakan bagi mengekalkan unsur-unsur semula jadi. Penggunaan parit konkrit adalah hanya sesuai di kawasan parit atau sungai yang tidak mempunyai

    Cadangan bagi menaiktaraf parit tanah di beberapa kawasan kritikal terutamanya di Klang telah dimasukkan ke dalam senarai permohonan perlaksanaan projek pembangunan pada tahun 2016.

    Maklumat Tambahan:

    Antara cadangan projek menaiktaraf saliran yang telah dimasukkan dalam perancangan tahun 2016 adalah:

    1. Projek menaiktaraf sistem saliran di kawasan Kg Johan Setia, mukim Klang, daerah Klang Fasa

     

    1. Projek menaiktaraf sistem saliran di kawasan Kg Johan Setia, mukim Klang, daerah Klang (sambungan).

     

    1. Projek menaiktaraf sistem saliran di Teluk Menegun, mukim Klang Fasa

     

    1. Projek menaiktaraf sistem saliran di Teluk Menegun, mukim Klang (sambungan).

     

    1. Membina dan menyiapkan sebuah pintu air pasang surut di Kuala Sungai Kapar Kecil, Kg. Perepat, Sg. Batu 6, Sg. Keramat, mukim Kapar, daerah Klang.

     

    1. Projek menaiktaraf sistem saliran Revolusi Hijau Johan

     

    1. Projek menaiktaraf sistem saliran di pekan Meru daerah Klang.

Lampiran

Tiada Lampiran.