Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

230) PENAIKTARAFAN SISTEM PERPARITAN DI KAWASAN PERUMAHAN LAMA / KAMPUNG BANDAR

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kini di bawah DUN Bandar Utama, terdapat kawasan perumahan lama / kampung yang sistem perparitannya sudah tidak cukup untuk menampung keperluan sebenar oleh penduduk-penduduk di kawasan tersebut. Apakah kerajaan akan mengambil sebarang langkah terhadap kawasan perumahan lama seperti ini?

    1. Kerajaan Negeri sentiasa mengambil tindakan pembaikan sistem perparitan di kawasan perumahan lama / kampung melalui kontraktor inden dan kontraktor tidak berjadual yang di lantik setiap tahun berdasarkan aduan yang di terima daripada penduduk. Keperluan untuk menaiktaraf sistem perparitan di kawasan perumahan lama akan di tentukan berdasarkan punca utama kekerapan berlakunya kejadian banjir/air bertakung seperti:

     

    1. Berpunca binaan lantai di atas longkang tanpa kebenaran yang menyebabkan aliran air permukaan jalan tidak dapat mengalir ke dalam longkang secara teratur.
    2. Berpunca mendapan pasir, sisa-sisa makanan, minyak dan sampah domestik yang tersumbat di dalam longkang sehingga menyebabkan sistem perparitan terjejas.
    • Berpunca daripada rumput-rumput yang tumbuh di dalam longkang atau akar-akar pokok menyekat aliran air atau menyebabkan sistem perparitan mengalami kerosakan.
    1. Berpunca keamatan hujan yang luar biasa (violent shower) iaitu keamatan hujan 18.3mm dalam tempoh 10 minit.
    2. Struktur sistem perparitan telah mengalami kerosakan / uzur dengan usia sistem perparitan melebihi 10 tahun.

     

    Bagi perkara (i – iii), tindakan penguatkuasaan, tindakan pembersihan dan pemotongan rumput atau akar pokok di laksanakan terlebih dahulu untuk memastikan aliran dalam sistem perparitan berfungsi. Kerajaan Negeri akan memantau dari semasa ke semasa samada sistem perparitan tersebut samada mampu menampung  jumlah air larian permukaan jalan atau tidak bagi menentukan keperluan  menaiktaraf sistem perparitan.

     

    Bagi perkara (iv – v), kajian akan dilaksanakan dan mengenalpasti kawasan tadahan (catchment area) dan rizab-rizab jalan terlebih dahulu dalam menetapkan jajaran sistem perparitan yang perlu di utamakan bagi kerja naiktaraf sistem perparitan. Memandangkan peruntukan naiktaraf sistem perparitan amat terhad, sekiranya ada keperluan menaiktaraf sistem perparitan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) akan memohon peruntukan MARRIS bagi kerja ini.

     

    Manakala bagi kawasan kampung akan ditentukan mengikut keadaan di tapak samada sistem perparitan sediada berada di dalam rizab jalan (Kerajaan)  atau sistem perparitan tersebut di bina sendiri oleh penduduk. Sempadan lot persendirian dan sempadan tanah kerajaan perlu ditentukan terlebih dahulu bagi memastikan cadangan perlaksanaan naiktaraf sistem perparitan berjalan lancar dan tiada kejadian pencerobohan. (pembinaan sistem perparitan di dalam lot persendirian).

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.