Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008

131) PENAJA PASAR MALAM

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri akan meneruskan dasar ÓPenaja Pasar MalamÓ yang dilaporkan menindas peniaga-peniaga pasar malam menerusi caj penyewaan tapak dan beberapa kos lain yang membebankan?

    Kebanyakan PBT di Negeri Selangor menguruskan sendiri tapak-tapak pasar malam sebagai contoh di MPSJ kadar lesen yang dikenakan adalah sebanyak RM 30.00 setahun manakala kadar sewa petak dan kos pembersihan adalah sebanyak RM 110.00 setahun bagi setiap petak atau RM 2.10 satu malam. Bagi peniaga-peniaga pasar malam yang dikenakan caj berlebihan adalah dinasihatkan untuk melaporkan kepada PBT masing-masing. Walau bagaimanapun Kerajaan Negeri sedang mengkaji perkara tersebut bagi memastikan peniagapeniaga pasar malam tidak dibebankan dengan kos penyewaan yang terlalu tinggi.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.