Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

264) PENAMAAN SEMULA JALAN BARAT KEPADA JALAN V. DAVID

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menamakan semula Jalan Barat di Petaling Jaya kepada Jalan V. David sebagai mengenang segala jasa dan bakti Mendiang David S. Vethamuthu kepada Negara? Jika tidak, nyatakan sebabsebabnya

    Setakat ini, Majlis belum ada cadangan untuk menamakan semula nama Jalan Barat kepada Jalan V. David.

    Sebarang penamaan semula nama jalan hanya akan di buat selaras dengan Klausa (29)(1) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133), yang menyebut “Tertakluk kepada kelulusan Pihak Berkuasa Negeri, pihak Berkuasa Tempatan boleh menetapkan nama dengan mana sesuatu jalan hendak di kenali dan boleh mengubah nama mana-mana jalan atau mana-mana bahagian daripada suatu jalan”.

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.