Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

300) PENAMATAN PEGAWAI KONTRAK PKNS

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah sebab dan rasionalnya tindakan menamatkan kontrak ke atas 22 kakitangan PKNS yang telah dibuat secara mendadak ?

    Pada tahun 2014, PKNS telah melaksanakan kajian semula dan mengubah hala tuju aktiviti Perbadanan untuk menjadikan PKNS lebih kompetitif dalam melaksanakan agenda pembangunan Negeri Selangor.

    Selaras dengan perubahan hala tuju aktiviti tersebut, PKNS telah menyusun semula organisasi dan sumber manusia termasuk anggota-anggota yang dipinjamkan daripada PKNS Holdings.

    Selain daripada itu, PKNS mendapati ada pertindihan fungsi di antara anggotaanggota tersebut dan anggota-anggota sedia ada di PKNS.

    Selaras dengan kajian semula aktiviti Perbadanan, PKNS telah mengambil keputusan untuk memulangkan anggota-anggota yang dipinjam daripada PKNS Holdings.

    Disebabkan perkhidmatan mereka tidak lagi diperlukan oleh PKNS, maka PKNS Holdings memutuskan untuk menamatkan perkhidmatan anggota-anggota berkenaan serta merta dengan membayar ganti notis berjumlah RM292,320.35 kepada 19 orang anggota berdasarkan tempoh notis masing-masing manakala seorang dipulang semula kepada PKNS Holdings kerana anggota berkenaan adalah anggota tetap PKNS Holdings.

Lampiran

Tiada Lampiran.