Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012

63) PENAMBAHAN HARAM BINAAN BANGUNAN

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Pejabat Dewan Negeri Bangi banyak menerima aduan tentang denda MPKj, contoh penambahan haram binaan. Mengapakah kesalahan bina tambahan rumah dikenakan terlampau tinggi?

    Semua kenaan denda yang dikenakan ke atas pemilik yang melakukan kesalahan bina tambahan tanpa kebenaran bertulis daripada Pihak Berkuasa Tempatan adalah mengikut Seksyen 70(14) Akta Jalan Parit Dan Bangunan 1974 di mana ; di bawah Akta ini pemilik dikehendaki membayar tidak boleh kurang daripada lima kali ganda pelan dan tidak lebih daripada dua puluh kali ganda bayaran yang di tetapkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan. Dan, di bawah UUK 17, Jadual Pertama Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984 di mana ; jika kerja binaan telah dimulakan sebelum pelan-pelan diluluskan, suatu fee yang sama dengan sepuluh kali ganda daripada fee yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan.

Lampiran

Tiada Lampiran.