Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012

152) PENAMBAHAN LORONG JALAN KE PEKAN MERU

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan masa depan kerajaan untuk mengatasi masalah kesesakan di Jalan Meru

    Kerajaan melalui JKR memang mempunyai perancangan untuk mengatasi masalah kesesakan di Jalan Meru. Untuk makluman, beberapa jalan di sekitar Jalan Meru sedang dan akan dinaiktaraf bagi memberi pilihan kepada pengguna jalan raya. Antara jalan yang akan dinaiktaraf dalam masa terdekat adalah Jalan Meru Tambahan ke Puncak Alam yang akan ditender pada Disember Selain itu kerja-kerja menaiktaraf Jalan Hj Abdul Manan juga sedang berjalan bagi memberi kemudahan kepada pengguna jalan raya. JKR juga mempunyai perancangan untuk menaiktaraf simpang-simpang di Jalan Meru bagi melancarkan pergerakan trafik di jalan tersebut. Di samping itu, pembinaan Lebuhraya Pantai Barat yang melalui kawasan Meru dijangka dapat mengurangkan kesesakan di Pekan Meru.

Lampiran

Tiada Lampiran.