Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

157) PENAMBAHAN SEKOLAH DI DENGKIL

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Adhif Syan Bin Abdullah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Dengkil mempunyai 25 tapak SMK namun hanya 12 yang berjaya didirikan. Apakah langkah Kerajaan Negeri bagi membantu Kerajaan Pusat membina lebih banyak sekolah khususnya dikawasan berkepadatan tinggi?

    Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPN Selangor) amat peka dan sedar keperluan mendesak bagi kemudahan pendidikan di kawasan Dengkil atau Daerah Sepang khususnya. Kepesatan pembangunan perumahan yang amat pantas tidak seiring dengan peruntukan budget pembangunan fizikal pendidikan KPM yang agak terhad. JPN Selangor telah mendapat kerjasama daripada Kerajaan Negeri bagi memudahkan proses perolehan tanah untuk pembinaan sekolah baharu. Maka di dalam RMK12 ini, JPN Selangor telah memohon kelulusan budget bagi pembinaan SMK Kota Warisan bagi satu permohonan berfokus di kawasan kritikal keperluan fasilti pendidikan Daerah Sepang.

Lampiran

Tiada Lampiran.