Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

77) PENAMBAHBAIKAN JALAN

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Pernahkan JKR membuat kajian feasibiliti untuk membina ramp belok kanan tambahan ke Kelana Jaya link daripada ramp Persiaran Kewajipan ke arah Bandar Sunway?

    Keadaan semasa di lokasi tersebut didapati ‘turning radius’ jalan susur daripada Lebuhraya Shah Alam (Arah Kuala Lumpur) ke Persiaran Kewajipan adalah sempit.

    Jarak panjang di antara jalan susur masuk ke Persiaran Kewajipan sehingga ke laluan masuk ke jambatan Kelana Jaya Link adalah 240m yang mana ianyanya adalah mencukupi.

    Dicadangkan kajian dan tindakan lanjut berkaitan menaiktaraf jalan susur kiri masuk ke Persiaran Kewajipan (Arah Kuala Lumpur) tersebut dilaksanakan oleh pihak konsesi/Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) bagi melancarkan aliran lalulintas dan meningkat tahap keselamatan kepada pengguna jalan raya.

Lampiran

Tiada Lampiran.