Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

227) Penambahbaikan Pantai Morib Dan Kelanang Yang Terjejas Akibat Air Pasang Besar

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Hasnul Bin Baharuddin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan pihak EXCO Pelancongan / Kerajaan Negeri Selangor berkaitan dengan penambahbaikan Pantai Morib dan Kelanang yang terjejas akibat air pasang besar di Pantai Kelanang ban penahan ombak amat diperlukan.

    Kerajaan Negeri melalui JPS telah melaksanakan kerja-kerja pembaikan di pantai Morib dan pantai Kelanang dengan kos sejumlah RM7.7 juta. Senarai projek yang berkaitan adalah seperti berikut:

    Peruntukan Pembangunan Negeri (P13) 

    Untuk penyelesaian jangka masa panjang, Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) telah memohon peruntukan sebanyak RM 42 juta bagi menangani banjir akibat fenomena air pasang besar di sepanjang pantai Negeri Selangor.  Peruntukan ini telah pun diluluskan dan sebanyak RM 9 juta telah diperuntukan bagi Daerah Kuala Langat. Skop kerja adalah menaiktaraf ban pantai yang terjejas akibat air pasang besar. Kawasan pantai yang akan dibaikpulih dan dinaiktaraf termasuk Pantai Morib, Pantai Kelanang, Pantai Cunang, Tanjung Sepat dan Pulau Carey. Kerja-kerja perancangan dan rekabentuk sedang dilaksanakan oleh JPS Malaysia.

Lampiran

Tiada Lampiran.