Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018

73) PENAMBAHBAIKAN PERKHIDMATAN PUSAT KHIDMAT DUN

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Mohd Najwan Bin Halimi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah usaha atau langkah Kerajaan Negeri untuk membantu menambahbaik perkhidmatan Pusat Khidmat DUN memandangkan kini wujud pertambahan beban tugas dan tanggungjawab di kalangan staf khususnya melibatkan proses pentadbiran dan pengurusan pelbagai Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) Negeri Selangor?

    Kerajaan Negeri mengambil maklum berhubung tanggungjawab setiap Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) untuk menguruskan Inisiatif Peduli Rakyat (IPR). Sehubungan itu, Kerajaan Negeri sedang mengkaji beban tugas dan implikasi kewangan yang akan ditanggung sebelum sebarang keputusan penambahbaikan dilaksanakan.

Lampiran

Tiada Lampiran.