Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

35) PENAMBAHBAIKAN SKIM MESRA USIA EMAS

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kerajaan Selangor 2009 - 2016 telah membelanjakan RM 192, 946, 500 untuk bayaran SMUE kepada waris. Untuk penambahbaikan SMUE sedia ada, bilakah pembayaran dapat dibuat kepada warga emas semasa hayat?

    Pihak RMSB pernah beberapa kali mengemukakan cadangan untuk pelaksanaan jom shopping secara bulan disambung kembali, namun telah ditangguhkan pelaksanaannya oleh MMKN. Sila rujuk kepada keputusan MMKN (RMSB/MMKN/09(01)2016(1)dlm.MMK.Sel31034 Jld. 10 yang diadakan pada 19hb Oktober 2016.

    RMSB juga diminta untuk mengkaji semula mekanisme pelaksanaan pemberian manfaat semasa hidup secara menyeluruh. RMSB diminta untuk memberi fokus kepada program yang memberi impak yang besar keapda ahli SMUE dengan mengambil kira semua program yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri.

    Memandangkan RMSB kini masih belum mempunyai Ketua Pegawai Operasi dan memandangkan proses pergabungan dengan pihak YAWAS belum selesai sepenuhnya, maka buat masa ini pihak RMSB belum dapat mengemukakan sebarang cadangan baru kepada pihak Kerajaan Negeri.

Lampiran

Tiada Lampiran.