Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

85) PENANAMAN HERBA – ROSELLE

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah langkah memajukan penanaman roselle?

    Kerajaan negeri melalui jabatan pertanian memperuntukkan insentif untuk memajukan tanaman herba dibawah Program Pembangunan Bersepadu dengan kadar insentif :

     

    Projek Kadar Insentif
    02-Intergasi tanaman herba dan perhutani RM 20,000.00/ha

     

    Petani yang mengusahakan tanaman Roselle boleh memohon insentif Projek Integrasi tanaman herba dan perhutani dibawah Program Pembangunan Bersepadu tersebut.

     

    Selain insentif, Jabatan Pertanian juga turut menerbitkan manual pakej teknologi penanaman roselle untuk rujukan dan membimbing petani yang mengusahakan tanaman Roselle.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.