Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009

71) PENARIKAN DIRI OLEH PENGILANG-PENGILANG ASING

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Terdapat berapa bilangan pengilang telah menarik diri dari Selangor?

    Sehingga hari ini sebanyak dua syarikat milikan asing yang telah memaklumkan akan membuat penutupan syarikat secara berperingkat kepada SSIC Berhad. Syarikat tersebut ialah Flextronics Technology (Shah Alam) Sdn Bhd dan Sidel Industry (Malaysia) Sdn Bhd. Dijangkakan seramai 2,327 orang pekerja akan terlibat.

Lampiran

Tiada Lampiran.