Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 April 2010 hingga 14 April 2010

40) PENASIHAT EKONOMI NEGERI

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Dato' Mohamad Satim Bin Diman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah terma rujukan seorang penasihat ekonomi negeri dan apakah kemudahan (entitlement) yang dinikmati oleh penasihat ekonomi negeri dan berapakah perbelanjaan yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri?

    1. Menasihatkan Kerajaan Negeri berhubung dengan dasar pembangunan ekonomi negeri khususnya yang berkaitan dengan pertumbuhan ekonomi, pengagihan kekayaan dan peningkatan kualiti hidup rakyat Selangor sesuai dengan falsafah MES;
    2. Menasihatkan Kerajaan negeri mengenai hala tuju, perancangan dan pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi negeri supaya pakej ini benar-benar menjadi jentera pertumbuhan yang menjadikan ekonomi negeri Selangor lestari dan mampan;
    • Menasihatkan Kerajaan Negeri berhubung dengan aliran langsung modal asing (FDI) dengan hasrat menjadikan negeri Selangor negeri terulung dalam menarik pelaburan asing yang menjadi penjana utama ekonomi negeri;
    1. Menasihatkan kerajaan Negeri berkaitan dengan jenis industri yang perlu dijana supaya negeri Selangor terus menjadi negeri pilihan untuk membangunkan industri berteknologi tinggi berpaksikan ilmu pengetahuan selain daripada memberi perhatian kepada industri perkhidmatan;
    2. Menasihatkan kerajaan Negeri berhubung dengan cadangan menjadikan Selangor khususnya Shah Alam sebagai hub kewangan dan pelaburan modal yang menepati kehendak syariah (Syariah compliant) bertaraf antarabangsa termasuk pembangunan hub halal serantau;

     

     

     

    1. Menasihatkan kerajaan Negeri berhubung dengan perkara-perkara besar yang melibatkan hubungan kerajaan negeri dengan kerajaan Persekutuan terutama yang berhubung kait dengan pembangunan ekonomi negeri; dan
    • Menasihatkan kerajaan negeri tentang langkah-langkah yang perlu diambil bagi menguruskan kerjasama di antara negeri-negeri bagi memungkinkan wujudnya blok ekonomi yang akan memberi manfaat kepada semua

Lampiran

Tiada Lampiran.