Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012

1) PENASIHAT EKONOMI SELANGOR

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Dato' Mohamad Satim Bin Diman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah pencapaian penting Penasihat Ekonomi dalam memajukan negeri setelah 3 tahun pelantikan?

    Penasihat Ekonomi telah menjelajah ke Seluruh PBT di Selangor bagi menyampaikan Wacana Maqasid Syariah dan Masyarakat Majmuk dalam usaha menerapkan nilai-nilai Islam dalam pentadbiran negeri dengan penekanan terhadap keadilan sosial agar jurang kemiskinan dapat dirapatkan sebagai prinsip pemeliharaan harta.

    Selain itu beliau mengusulkan Projek Khas Infrastruktur Daerah Negeri Selangor 2011 dengan peruntukan khas berjumlah RM100 juta kepada sembilan (9) Daerah. Fokus pelaksanaan projek adalah tertumpu kepada projek-projek yang kritikal di kawasan luar bandar dan kampung-kampung tradisi.

Lampiran

Tiada Lampiran.