Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

98) PENCAPAIAN PENYELESAIAN SETINGGAN DI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan kes penyelesaian setinggan yang berjaya dilakukan sejak 2008

    Untuk makluman Yang Berhormat, kes penyelesaian peneroka bandar atau setinggan yang berjaya dilakukan sejak 2008 sehingga kini adalah sejumlah 747 keluarga melalui pemberimilikan tanah. Kawasan kes penyelesaian peneroka bandar terlibat adalah seperti berikut:

    Bil. Kawasan Penempatan PBT Jumlah Keluarga
    1. Kg Sg Sireh MPK 79
    2. Tanah Mardi 137
    3. Kg Jawa Estate MDKS 66
    4. Kg Pecah Batu / Kg Permai 78
    5. Kg Baru Lembah Pantai 33
    6. Kg Seri Makmur 60
    7. Jaya Setia 44
    8. Kg Seri Aman 78
    9. Kg Sri Sentosa 172
      Jumlah   747

Lampiran

Tiada Lampiran.