Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

146) PENCAPAIAN PERTANIAN DI PINGGIRAN BANDAR

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah kampung yang telah terlibat dalam pertanian berkelompok untuk menghasilkan satu produk yang berskala sederhana besar?

    Jabatan Pertanian telah membangunkan pertanian berkelompok/kluster mengikut daerah. Bagi menghasilkan bahan mentah untuk industri kecil dan sederhana seperti tanaman ubi, pisang dan keledek, jumlah kampung yang terlibat ialah seperti berikut: Sabak Bernam (24), Kuala Selangor (14), Klang (3), Kuala Langat (8), Sepang (12), Hulu Langat (3), Hulu Selangor (5) dan Gombak (4).

Lampiran

Tiada Lampiran.