Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

230) PENCAPAIAN SELCAT

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berkenaan tindakan menyemak keupayaan, akauntabiliti dan ketelusan jabatan-jabatan kerajaan, nyatakan bilangan siasatan, pendengaran awam dan kes-kes terlibat yang telah dijalankan oleh SELCAT sejak 2008.

    SELCAT diwujudkan adalah bertujuan untuk mendapatkan penjelasan dan bukti- bukti terhadap sesuatu kes yang menjadi isu kepada rakyat dan negeri. SELCAT bukanlah sebuah mahkamah yang boleh menjatuhkan hukuman kepada jabatan/agensi yang terlibat. Sehubungan itu, sejak tahun 2008 terdapat enam (6) isu yang telah dibentangkan secara pendengaran tertutup dan 14 isu yang dibentangkan secara pendengaran terbuka. Senarai pembentangan adalah seperti berikut:-

    Pendengaran Tertutup

    BIL TAJUK TARIKH
     

    1

     

    Cadangan Kerja-kerja Mereka bentuk, Membina, Dan Menaik taraf Kemasan Dinding Luar Yang Terdiri Dari Tower Block, Auditorium Dan Podium Bangunan Wisma MBSA Seksyen 14, Shah Alam Untuk MBSA

     

    19 November 2011

     

    2

     

    Isu Kualiti Air Lombong Untuk Kegunaan Rakyat Selangor

     

    7 Ogos 2014

     

     

    3

     

    Salah Guna Kuasa Dalam Pemberian Tanah Di Kg Sg Yu

     

    27 November 2012

     

    4

     

    Taklimat daripada Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Berhubung Aduan Pengubahan Status Tanah di Lot 68054, Mukim Tanjung Dua Belas, Daerah Kuala Langat, Selangor seluas 619 hektar (1,529.58 ekar)

     

    11 Oktober 2016

     

    5

     

    Penjelasan Berhubung Pertanyaan-Pertanyaan Mulut / Bertulis Bagi Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Ketiga Belas Yang Masih Belum Dijawab

     

    1 Mac 2016

     

    6

     

    Projek Taman Air Manis, Panchang Bedena, Sabak Bernam

     

    15 Februari 2019

     

    Pendengaran Terbuka

     

     

    BIL TAJUK TARIKH
     

    1.

     

    Berhubung Isu Balkis

     

    23 Mac – 27 Mac & 30 Mac –

    1 April 2009

     

    2.

     

    Peruntukan Wang ADUN

     

    8 September – 14 September

    2009

     

    3.

     

    Sambungan – Peruntukan Wang ADUN

     

    26 Januari – 29 Januari & 1 –

    2 Februari 2010

     

    4.

     

    Siasatan Ke Atas Urus Niaga Perlombongan Pasir Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (KSSB)

     

    –     2 Jun – 4 Jun 2010

    –     5 Mac 2012

     

    5.

     

    Pembangunan Tapak Perkuburan (Bukan Islam) Tanpa Kebenaran Di Seksyen U14, Bukit Raja, Daerah Petaling

     

    1 September 2010

     

    6.

     

    Pengurusan Kewangan Yayasan Selangor

     

    6 Mac 2012

     

    7.

     

    Perolehan, Penggunaan Dan Pulangan Pinjaman RM90.3 Juta Oleh PAISB (PKPS Agro Industries Sdn Bhd) Daripada Kementerian Kewangan)

     

    7 Mac 2012

     

    8.

     

    Kejadian Banjir Di Hulu Langat Dan Klang Selatan

     

    16 April 2012

     

    9.

     

    Permohonan Pembangunan Tanah Padang PKNS Di Kelana Jaya Dan Rancangan Tempatan Petaling Jaya 2 (RTPJ2)

     

    27 – 28 Jun & 5 Julai 2012

     

     

    BIL TAJUK TARIKH
     

    10.

     

    Perbelanjaan Bajet 2012 Dan 2013 Bagi Pengurusan Tebatan Banjir Oleh Jabatan Pengairan Negeri Selangor

     

    20 – 21 Februari 2014

     

    11.

     

    Strategi       Pemulihan      Pengurusan      PKNS      – Pelaksanaan Integrity Pact

     

    25 – 26 Mac 2014

     

    12.

     

    Pemantauan Dan Penyelenggaraan Flat PPR Negeri Selangor

     

    3 Mac 2015

     

    13.

     

    Pelaksanaan Enakmen Kebebasan Maklumat Negeri Selangor 2011

     

    27 Januari 2015

     

    14.

     

    Wabak Denggi Di Negeri Selangor

     

    23 Februari 2016

Lampiran

Tiada Lampiran.