Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012

59) PENCEGAH MAKSIAT

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: hal ehwal islam

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Kad kuasa yang diberikan kepada Pegawai Ðpegawai Masjid kebanyakan telah tamat tempoh menyukarkan untuk mereka menjalankan operasi. Kenapa pembaharuan tidak dilakukan? Kenapa perkara ini?

    Kad kuasa yang dberikan kepada Pegawai Masjid hanyalah formaliti kepada Pegawai Masjid untuk melakukan tangkapan. Bidang kuasa Pegawai Masjid tertakluk kepada pelantikannya seperti yang termaktub di bawah Seksyen 100 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor Tahun 2003 iaitu;-

    • Bagi tiap-tiap masjid dalam Negeri Selangor, Majlis hendaklah melantik seorang atau beberapa orang Pegawai Masjid.
    • Bagi tiap-tiap masjid yang ditetapkan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan selepas berunding dengan Majlis, Pegawai Masjid hendaklah dilantik dari kalangan pegawai dalam perkhidmatan awam negeri atau perkhidmatan bersama.
    • Bagi tiap-tiap masjid yang tidak ditetapkan dibawah subseksyen (2) Majlis hendaklah melantik orang yang sesuai dan layak untuk menjadi Pegawai Masjid.
    • Pembantu Pegawai Masjid hendaklah dilantik oleh Majlis dari semasa ke semasa untuk membantu Pegawai Masjid.
    • Apabila seksyen ini berkuat kuasa, tiap-tiap orang yang sebelum sahaja seksyen ini mula berkuat kuasa telah menjadi Pegawai Masjid atau Pembantu Pegawai Masjid dibawah Enakmen terdahulu hendaklah disifatkan telah dilantik dengan sewajarnya dibawah seksyen ini sebagai Pegawai Masjid atau Pembantu Pegawai Masjid, dan hendaklah, tertakluk kepada seksyen 102, terus memegang jawatan sebagai Pegawai Masjid atau Pembantu Pegawai Masjid.

    Kad kuasa yang diberikan kepada Pegawai Masjid sah selama tempoh 3 tahun dari tarikh Pegawai Masjid dilantik. Selepas tempoh itu, satu pemilihan semula akan dilakukan bagi melantik Ahli Jawatankuasa yang baru dan kad kuasa yang baru akan dikeluarkan selaras dengan tarikh pelantikan jawatan tersebut

Lampiran

Tiada Lampiran.